Tuesday, September 14, 2010

Kenapa aku tak perasan???

Em..tak tau nak mulakan entri kali ni mcm mane sebab aku sndiri tak sangka utk dgr cter yg xpnh ak dgr b4 ni.Ape2 pun ak tetap kena tulis jugak sb ak btl2 trkejut dan tersentap dgn pengkuan encik angah. Kisahnya bermula di sini:

Aku: Angah..sejak bile angah suka saye ye saudara??
Angah:Lynn tak tau sbnrnya angah dh suka leen sjk form 1.
Aku:eh..bkn form 1 kta bkn duk kls lain2 ke? cane angah boleh suke lynn?
Angah:ha..tula lynn tak tau..angah slalu cari peluang lepak kls leen.
Aku:yeke?nape lynn xpnh prasan??ade ke angah dtg??
Angah:lynn mmg xpnh prasan pn..kalau lynn nk tau sjk form 1 angah suka usha lynn..bukan nk katela...smpi form 3 angah asyik tgk lynn dri jauh.pnh ms form 3 ms lps abes pmr angah lepak kls lynn smata2 nk tgk lynn.
Aku:yeke?nape lynn xpnh ingt ye?em..memory lost neh
Angah:mmg lynn xprasan sb ms tu lynn ngadap dpn..angah duk blakang tgk lynn tgh bc novel ape ntah..
Aku:ek?jap2..nk ingt..ade ke lynn bc novel ms form 3..em..adoila nape xpnh tau cter angah neh??xpuas ati btl..
Angah:lynn ingt tak lynn pegi tuisyen ngn zuraida n saadah ms form 3,angah pnh ikut lynn smpi tuisyen..snggup xblk rumah trus lps skolah smta2 nk tgk lynn tuisyen kt mn..xde sape pn tau hal tu sb angah xpnh gtau sape2
Aku:hah??angah biar btl?nape lynn xpnh tau n xpnh prasan??
Angah:kalau lynn nk tau,angah ade simpan gmbr2 lynn..angah gunting dri majalah skolah tau..mmg simpan baek2..kalau ade lg gmbr tu leh angah tnjuk kt lynn tau..
Aku:hahahahahahah..ak xthn nk gelak..ak hanya mmpu gelak jek..
Angah:nape??xcaye ke?ingt angah tipu ek?
Aku:bukan cmtu..cuma mcm dlm novel pulak ase..snggup angah wat cmtu..dats means dh almost 10 thn la angah suka n pendam perasaan kt lynn?ingtkn ms form 5 jek..huhu
Angah:ha..yela..dh lm tau..hehehe
Aku:em..sggup tuh..cane kalau lynn xtrime angah?
Angah:itu hak lynn..terpulang kt lynn la..angah xboleh halang pn..(nada dh slow down..em)
Aku:em..sungguh msh terkedu..smbung gelak lagi..hahahahaha
Angah:pn gelak jgk..hahahaha..ms form 4..angah cuba amik peluang..angah pnh suh lynn check angah pnya mrkh biologi bile cikgu shamsiah suh g check.
Aku:ek?ade ke??ah..memori lost lagi..
Angah:em..xingt la tu..xpela..

After that conversation ak msh xleh lupa..duk terpikir..zalimnyer ak dulu..nape ak xpnh cuba kenal angah dulu??nape ak xpnh tau n amik tau psl angah dulu??kalau ikutkan angah pny tmpt btl2 tepi pintu msk kls.so bile nk msk kls mmg sure ak lalu tmpt dier dulu..ak pnh dgr gosip yg ckp ak kapel ngn angah..padahal ak tegur angah pn tak..apatah lg nk kapel..hadoila..cukupla entri kali ni..to be continue sb cter neh msh lom ade konklusi yg sepatutnya..(apekah yg spttnya ye???em..)

Monday, September 13, 2010

Dongeng Adab Merisik ^_^

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.

Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu”.Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.




   Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik

Sunday, September 5, 2010

Kebosanan yang melampau

Aku bosan dan bosan dan bosan....
Hanya itu yg mampu aku projectkan secara luaran..
Aku dah mula membenci rutin harianku..
Aku mula menyampah dgn tugasan harianku..

Kalau aku diberi pilihan
Aku lebih rela menjadi volunteer misi keamanan ke Gaza,Palestine,Iraq
Serta kawasan2 yg seumpama dgnnya
Biarpun tugasan itu jauh lebih mencabar daripada mnjadi seorang cse

Aku terlalu fed up dan give up utk teruskan kehidupan ini
Aku kepenatan yg amat sangat
Aku seakan2 mahu lemas di daratan
Aku terasa lemah dan tak bermaya 

Kalaulah aku diberi peluang
Aku ingin memutarkan masa lalu
Aku mahu ubah semua mimpi ngeri menjadi mimpi yg paling indah
Aku mahu corak semula kehidupan aku dgn warna2 yg pelbagai

Oh Tuhan..
Berikanlah hambaMU ini kekuatan
Kurniakanlah hambaMU ini ketabahan
Sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui 

Ameen...@_@

Thursday, September 2, 2010

Dongeng Si Sweater...

Hari ni aku n kakakku dibelanja oleh encik angah yg baik hati lg murah hati..after berbuka,angah ajak aku pegi shopping..dier tny aku nk beli ape..ak tak teringin nak beli pape cuma aku nak beli sweater baru jek sb sweater aku dah rosak,,jadi kami bertiga pun pegila ke jusco AU di setiawangsa..modus operandi adalah sweater,.penat pusing seluruh bhgaian ladies tp tak jugak jmpa sweater..aku dah bebel2 smbil nynyi lagu jingle bell dkt encik angah..geram + stress sb xjmpa sweater..at last encik angah wat decision n g tanya salesgirl jusco yg agak comey..
angah    : miss..bhgian sweater kt mn ye?
salesgirl : kt bhgian scarlet encik..sweater mengandung kan..
aku      : eh2..sape pulak yg mengandung??(smbil pegang perut ak )angah,perut lynn nmpk mcm mengndung ke??huhuhu
angah    : hahaha..bykla mengandung..kwen pun blum..xnmpk lgsung kot..kurus gler..
aku       : confius jap..adoila..aku msh dara ok..diulangi "aku masih DARA"..hehe

Kami meneruskan pencarian sweater sambil mata memandang sekeliling..Ya Allah..mcm kenal pulak mamat neh..alahai..mcm mn abg mentor celcom neh boleh shopping cni jgk..ish2..pegila dkt dier kunun2 wat bersopan tegur dier n wife dier..dlm ati..em..malunyer aku..dier tgk aku dgn encik angah jek sb ms tu akak aku dh mn2 ntah pegi..hilang trus..senyum cm kambing jek ase sb coverline malu+segan..adoila nape abg bwk isteri abg shopping mlm ni jgk..kan sy dah kantoi ngn abg!!!hehe..

Malas nk pikir dah aku n angah teruskan lagi pencarian sweater ku yg masih xberpenghujung..penat dah duk pusing2 tmpt sm..at last jumpa jgk satu sweater yg agk cun..kaler coklat..niat d hati nk amik kaler pink jek tapi encik angah xbagi..huhu..redha jela kaler coklat pun jnji dpt..org nk blanje la katekan..kena trime jela ape jua pemberian org kan..cuba sedapkan hati dgn ingt balik kate2 sorg kwn sepraktikal aku dulu..
Bullah     : Lynn..awk cntik kalau pakai pape bju kaler coklat..seyes tau..cntik..nmpk ayu..
Aku        : Bullah2..yela tu bullah..hahaha..

Walaupun agak lama nk jmpa sweater tuh tapi aku cukup puas hati sebab encik angah tunaikan jnji dier belikan aku sweater baru..thanks encik angah!!! lainkali belanja lagi yer..hahahahaha..tapi seyesly aku xleh lupa kate2 salesgirl psl aku mengandung..ske2 ati jek wat assumption ak ngn encik angah neh husband n wife..hikhik..sengal betol..anyway enjoy sgt hari ni sb dua perkara yg aku nak aku dah dpt (Pizza Hut + Sweater)..thanks encik angah yg baik hati+pemurah..hehehe

Wednesday, September 1, 2010

Doctor of the day: Systemic Lupus Erythematosus (SLE @ Lupus)

Lupus is an autoimmune disease characterized by acute and chronic inflammation of various tissues of the body. Autoimmune diseases are illnesses that occur when the body's tissues are attacked by its own immune system. The immune system is a complex system within the body that is designed to fight infectious agents, such as bacteria and other foreign microbes. One of the ways that the immune system fights infections is by producing antibodies that bind to the microbes. People with lupus produce abnormal antibodies in their blood that target tissues within their own body rather than foreign infectious agents. Because the antibodies and accompanying cells of inflammation can affect tissues anywhere in the body, lupus has the potential to affect a variety of areas. Sometimes lupus can cause disease of the skin, heart, lungs, kidneys, joints, and/or nervous system. When only the skin is involved, the condition is called lupus dermatitis or cutaneous lupus erythematosus. A form of lupus dermatitis that can be isolated to the skin, without internal disease, is called discoid lupus. When internal organs are involved, the condition is referred to as systemic lupus erythematosus (SLE).
Both discoid and systemic lupus are more common in women than men (about eight times more common). The disease can affect all ages but most commonly begins from 20-45 years of age. Statistics demonstrate that lupus is somewhat more frequent in African Americans and people of Chinese and Japanese descent.

Aku Rindu Kalian.....

Arrrgggghhh!!!!damn it! rindunyer kat kura2 aku yg dah mati..huhuhu..rase mcm nk pegi kampus skrg jgk utk lawat kubur "ortu" + "orni" + "lalo" + "lola"..tolong!!!!i want them back!!! teringat saat2 manis kita bersama..ku lepaskan kalian di ruang tamu apartmen sambil membiarkan kalian meneroka dunia kalian sendiri..even penat aku nk kutip balik korang sebab korg jalan laju giler..em..ak cukup2 tak agree bile ade citer dongeng cakap "lembap macam kura2"..sebab korang laju kot..aku kepenatan gak nk kejar korang kalau korang jalan..pantang pusing belakang,tgk2 dh hilang ntah mana2..haish!

Teringat kejadian masa mula2 "ortu" sakit.."ortu" demam teruk sgt..muka "ortu" lemah je..mata pun nmpak lebam dan tak bermaya..dah macma2 cara ku cuba utk mengembalikan kesihatan "ortu" tapi "ortu" tak jugak sihat2..aku nangis teruk sangat bile aku balik dari kuliah tgk "ortu" dah kaku tak bernyawa..waaa...waaa...sedih sgt2 time tu..aku xdpt nk accept sebab "ortu" sgt happy go lucky spnjang aku jaga dier.."orni" pon nmpk sedih dan sayu masa aku gtau dier yg "ortu" dah takde..huhuhu..then 2 minggu after "ortu" mati."orni" pulak tinggalkan aku terkapai2 tanpa mereka di sisi..

Kisah "lalo dan "lola" bermula apabila kwn2 aku iaitu rozi dan izu menghadiahkan aku sepasang kura2 yg mereka beri nama "lalo" dan "lola"..aku excited dan teruja yg amat sampaikan tak tido mlm mengadap "lalo" dan "lola" malam tu..bercakap2 dgn diorg dan menghabiskan sepanjang malamku dgn bercerita kepada "lalo" dan "lola"..antah diorg faham atau tak aku pun xtau..hentam sajela labu..hidup aku mulai ceria dan bertambah ceria dgn kehadiran mereka..ke mana saja aku pergi,pasti ku bawa mereka bersama2..wah!sungguh seronok!!

Masa begitu cepat berlalu dan aku dah pun nk menamatkan pengajianku di kampus dan pulang ke semenanjung..erm..ku tidak dapat membawa "lalo" dan "lola" pulang bersama2 kerana pesawat merah putih tak membenarkan kejadian itu berlaku..pada mulanya aku nak jadikan "lalo" dan "lola" tu sebagai key chain buatan so that aku boleh bwk mereka pulang bersama diriku..tapi bila difikirkan balik.scanner pesawat merah putih i2 cukup hebat utk mengesan degupan jantung "lalo" dan "lola"..lalu ku terpksa membatalkan niatku dgn serta merta..aku mencari "mummy" angkat yg baik hati lagi penyayang utk menjaga "lalo" dan "lola"..dan "mummy" tersebut adalah kwn baikku sendiri iaitu aniey yg juga menyayangi kalian seperti anak2nya sendiri..ku pasrah dan redha melepaskan kalian kepada keluarga barumu..tapi hasrat tak kesampaian utk "lola" kerna "lola" telah pergi dulu meninggalkan aku dan "lalo" utk menuruti langkah "ortu" dan "orni"..waaaa...waaaa..nangis lagi.."lalo" melihat kesedihan aku dgn muka yg empati.."lalo" seakan memujukku utk terima kenyatanan dengan meredupkan pandangannya apabila memandang aku..huhu..terima kasih "lalo"..hanya kamu yg saye ade skrg..

Tibe waktu utk pulang,kita terpksa berpisah di sini saja..yg pasti akan ku simpan kenangan kita sebagai kenangan terindah dalam hidup aku..beberapa minggu kembali ke semenanjung, ku dikhabarkan dgn berita kematian "lalo"..Ya Allah..xsempat aku lepaskan rindu aku pada "lalo" lagi..huhuhu..ape2 pun semua i2 adalah takdirNYA..aku redha dan aku doakan kalian semua bahagia di sana..aku sayang kalian sgt2 sampai bila2!!!
"Orni"
"Ortu"
"Lalo" vs "Lola"