Wednesday, August 26, 2009

SEANDAINYA CINTA ITU…

Sesungguhnya tiada tempat mengadu kasih selain MU

seandainya cinta antara dua hati membawa aku jauh dari rahmatmu

KAU hapuskanlah rasa itu dari hati ini

seandainya cinta itu menjadikan aku lalai akan tanggungjawabku

KAU singkirkanlah rasa itu dari jiwa ini

seandainya cinta itu melempar aku jauh dari kasih MU

bersihkanlah jiwa ini dari dosa cinta yang lalu

seandainya kenangan cinta itu menjadikan aku tidak redha dengan ujian MU

KAU luputkanlah memori itu dari ingatanku

seandainya cinta itu pernah menghanyutkan aku

biarlah kasih MU menjadi tebing untukku berpaut

seandainya nafsu cinta itu melemaskan aku

biarlah tiada cinta dan kasih lagi antara dua hati

tak sanggup bermula lagi

kiranya nafsu merajai diri

tak sanggup berulang lagi

kiranya lemas sampai mati

tak sanggup menangis lagi

kiranya tergadai maruah diri

tak sanggup tersilap lagi

untuk kedua kali

biarlah tiada cinta dan kasih antara dua hati

asalkan kasih dan rahmat MU memayungi

seandainya cinta itu milik MU

hanya pada MU ia kembali

hanya pada MU aku merintih

Tuesday, August 25, 2009

Salahkah aku???

Aku terjatuh cinta dgn seorg lelaki yg aku ase alim n sweet d mata aku..tapi nape ade yg xbagi aku jth cinta dgn dier?? sape dier utk tetapkan peraturan tu sedangkan tuan punya badan yg aku terjatuh cinta tu xckp pape pn..dier trime dgn rela ati jek bile aku ckp aku ske dier..erm..ape2 pun,aku redha tapi msj2 dier ak simpn sebagai satu kenangan manis yg aku ase amat bermakna tuk aku..

Untuk Bakal Isteri..

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu. Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita." Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri. Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi. "Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

Sunday, August 23, 2009

2nd Ramadan...

Hari masuk hr kedua ramadan tapi aku msh xtau ape yg dh aku lalui dua hri ni..aku xfeel ramadan pn lg..Tuhan..beri aku ketenangan dan kesabaran tuk lalui hari2 yg mendatang..ak tau ak insan yg lemah..ak perlukan Mu Ya Muhaimin..berikan ak kekuatan utk berhadapan dengan liku2 yg bkl tiba d hadapanku..tabahkan aku yang Allah..

Ramadan Al-Mubarak...

Ramadan tiba lagi..cepat betol masa berlalu..aku sndiri xsedar ape yg aku dh lalui selama ini..begitu sedikit aku rasakan kbaikan yg telah aku lakukan..alangkah ruginya hidup aku..aku tau aku xperfect..xde sesiape pun yg perfect tapi aku mahu cuba sedaya upaya utk berubah ke arah yg lebih baik..aku perlukan sokongan insan yg bergelar rakan2..Smoga Ramadan kali ini memberi seribu manfaat pd aku..InsyaALLAH..