Nak share ttg KEKASIH saya? (saya type huruf besar tu sbb saya terlampau
sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya!
Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa saya susah, minta
tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila saya susah
hati, boleh terus ngadu kat DIA - direct! Yang bestnya tu, bila saya
dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For
surelah… KEKASIH, kan ?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak
pernah nak sakitkan hati saya. Bila-bila masa aje saya boleh contact
DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat
hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan ? DIA tak kisah pun kalau saya
tak ingat kat DIA. Tapi rugilah saya. Sebab, kalau saya ingat & contact
je DIA, sure macam-macam la yang saya dapat. Tak kiralah, material ke…
spiritual ke…emm memang kekasih sejatilah tu! Bila saya rindu kat DIA,
baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam
tu. Siap bagi example lagi nak suruh saya faham. Sebelum ni, saya
pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai
nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH saya yg ni lain, DIA
tak kisah pun dengan cerita saya frust tu. Siap bagi semangat lagi.
DIA takde jeles pun. Cuma saya je yang jeles ngan DIA. Memang ramai
yang jatuh cinta ngan DIA. So, saya pun kenalah usaha betul-betul.
Kata orang putih… what you give, you get back…so, kalau saya usaha
lebih sikit, saya dapat lebih la, kan ? Jadi, KEKASIH saya ni baik sangat-
sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadang saya tengah-tengah malam …area
pukul 3-4 pagi tu pun, kalau saya terjaga, saya sure akan contact DIA.
Rindulah! Sebenarnya, KEKASIH saya ni kaya …millionaire …billionaire…
dan ntah apa-apa naire lagi… Tu yang pemurah sangat tu. Semua
keperluan hidup saya, DIA yang support…caya tak? Free of charge…Tapi
saya tak sedap hati la mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan?
Mak saya kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la…
pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat saya sanggup
berkorban apa sahaja…cheewah! DIA suruh saya belajar sungguh-sungguh.
Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH saya ni memang
cerdik+bijak+genius etc… DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang saya
buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya rajin
belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm…saya sebenarnya belum
pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la… tapi KEKASIH saya ni dah
janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la
saya ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! saya mesti prepare awal-awal.
Daripada surat-surat DIA yang ada tu, saya tahu la apa yang DIA suka,
apa yang DIA tak suka. Mestilah saya nak buat apa yang DIA suka, so
that, DIA tambah-tambah sayang la kat saya, kan? Takpela,berkorban
sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi
hadiah special yang saya tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat
dah ni!
KEKASIHKU..AKU BERJANJI, AKU AKAN
PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN,
MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK
PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA…
ITULAH KEKASIHKU…ALLAH S.W.T. CINTA TERAGUNGKU